Thursday, 6 December 2012

Ketika Dato' Hasan Nawawi (Wira Daratan) menyampaikan ceramah mengenai pengalaman beliau berbasikal mengelilingi dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002) di Dataran Usahawan, Bandar Baru Bangi pada 26 Disember 2009, beliau mengutarakan, kelebihan berbasikal, antaranya dari segi fizikal ialah menyihatkan badan.
                     Kata Dato'Hasan "Berkayuh basikal menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan dan menggempalkan badan." Sememangnya melihat kepada fizikal Dato' Hasan kini, walaupun sudah dalam lingkungan umur 50an, tetapi tegak sasa, bagai orang muda penuh bertenaga berumur 40an. Menurut beliau lagi, "Berbasikal ialah cara exercise murah yang tidak perlu kepada perbelanjaan yang mahal dan tidak perlu kepada tempat khusus, bila-bila boleh dilakukan, asal ada ruang dan jalan" katanya."Dengan berbasikal dapat menjaga badan, mengelak dari darah tinggi dan kolesterol," tambahnya.
                   "Dengan mengamalkan berbasikal, kita tidak perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli ubat bagi mengelak dari kegemukan dan berbagai penyakit. Tubuh kita normal sihat dan slim secara asli," terangnya.
                    Menurut Dato' Hasan, ayahnya juga suka berbasikal dan bekerja menggunakan tenaga seperti berkebun. Menurutnya, "Hayatnya lanjut hingga berumur 91 tahun." Kata Dato' Hasan secara bergurau, "Saya juga mungkin, insya Allah berumur lanjut," katanya.
                    Semasa menyampaikan ceramahnya, banyak ungkapan lucu diutarakan secara bergurau, tetapi benar. Kata Dato' Hasan,"Orang berbasikal lambat nyanyuk!" Kenyataan beliau ini ada kebenarannya, oleh kerana jika selalu berbasikal, tubuh sihat dan tidak berpenyakit, maka fikiran waras dan wajarlah lambat nyanyuk!
                   Ungkapan beliau yang lain, "Orang gila tidak boleh berbasikal, walaupun sebelum gilanya sudah berbasikal," kata Dato' Hasan, Mengapa? Ini ialah kerana semasa menunggang basikal perlu kepada konsentrasi, balancing dan pengimbangan yang tinggi. Orang gila tak ada kemampuan balancing dan pengimbangan. Sebab itu ada ungkapan, "Orang gila otak tak centre", sebab itu tak boleh berbasikal.
                   Konklusinya, Jika anda mampu berbasikal anda tidak berpenyakit gila. Anda juga seorang yang rasional. Sebab itu selalulah berbasikal! Dengan berbasikal meningkatkan kesihatan dan keseimbangan mental!

Sekian.

0 comments:

Post a Comment